Sunday, September 9, 2012

Pejuang Kemerdekaan dan Tokoh Pembentukan Malaysia

1. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA




Sepanjang hayatnya, Tunku telah menunjukkan kewibawaan sebagai pemimpin dalam pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah. 
Penglibatan menentang Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan dari "Hidup Melayu kepada Merdeka", mengatur strategi pakatan antara kaum dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah membuktikan kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan. 
Liku, cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu merasa terhutang budi kepada Tunku - Bapa Kemerdekaan.

2. TUN SIR HENRY H.S LEE




Ketokohan, pengorbanan dan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee dalam mencapai perpaduan kaum dan kemerdekaan negara amat terserlah dan perlu dikenang selama-lamanya. 
Beliau memainkan peranan yang penting dalam penubuhan MCA, perancang utama penubuhan perikatan UMNO-MCA, penentang komunis di zaman darurat dan merupakan pejuang negara semasa menuntut Kemerdekaan Malaya. Apabila Malaya merdeka, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kewangan antara tahun 1957 hingga 1959. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan beliau telah menjadi salah satu kebanggaan negara.

3. TUN V.T. SAMBANTHAN


Tun V.T. Sambanthan merupakan seorang pejuang daripada masyarakat India yang dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan pedalaman di Sungai Siput, Perak. Kepimpinan beliau terserlah apabila dilantik menjadi Presiden Kongres India Malaya ketika berusia 36 tahun. Kemudian Tun V.T. Sambanthan dilantik menjadi menteri penuh dalam pelbagai kementerian. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Tun V.T. Sambanthan terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan dari segi kemudahan kepada rakyat serta semangat patriotisme pada masa itu.


4. TUN GHAZALI SHAFIE





Tun Ghazali Shafie (22 Mac 1922-24 Januari 2010) merupakan ahli politik Malaysia  era Tunku Abdul Rahman hinggalah era Tun  Dr Mahathir Mohamad iaitu dari 1970-1984. Beliau lahir di Kuala Lipis, Pahang pada 22 Mac 1922.Ghazali mula berkecimpung dalam bidang politik dengan menyertai Persatuan Melayu Pahang pada 1946 yang pada mulanya melakukan kerja-kerja kebajikan sebelum diserap memasuki UMNO.Pada tahun 1958 beliau dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa Politik Umno sehingga 1978. Beliau pernah beberapa kali menjawat jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan merupakan Naib Presiden Umno pada 1981. Ghazali pernah dilantik sebagai Senator pada tahun 1970 hingga 1972. Beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1974 di kawasan Parlimen Lipis dan menang tanpa bertanding. Beliau pernah bertanding jawatan naib presiden UMNO tetapi tewas pada 
1972 dan 1975. 1981 beliau menang jawatan jawatan Naib Presiden UMNO. Beliau berkhidmat di bawah empat perdana menteri bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman sehingga era Tun Dr Mahathir Mohamad.



5. TAN SRI DATUK WONG POW NEE



Tan Sri Datuk Wong Pow Nee merupakan salah seorang daripada penuntut Xavier yang paling cemerlang dalam sejarah sekolah tersebut. Beliau membesar bermula daripada Pengakap dan pelajar kepada menjadi Pengisytihar Kemerdekaan Negara, dan Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama. Pow Nee juga telah melakar sejarah dalam cara-cara bermakna yang lain. Beliau merupakan salah seorang daripada lima orang ahli Suruhanjaya Siasatan Malaysia yang telah membuka jalan untuk penubuhan Malaysia. Beliau juga merupakan Duta Malaysia yang pertama ke Itali dan The Holy See (The Vatican). Beliau merupakan seorang ahli delegasi Kerajaan Malaysia dalam Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962. 








Logo Kemerdekaan



Bendera berkibar – Merupakan simbol negara Malaysia yang dicintai yang mempamerkan pencapaian cemerlang negara sejak merdeka. Merupakan kebanggaan setiap rakyat Malaysia kerana namanya kini terserah di persada dunia.
Angka 55 – Melambangkan kedaulatan institusi raja berpelembagaan dan kedaulatan negara yang telah dipertahankan sejak 55 tahun.
Huruf M – Melambangkan perpasuan utuh masyarakat Malaysia yang berusaha mencapai kemajuan (Maju) dan kemakmuran (Makmur) negara sejak dari awal kemerdekaan dicapai.
Ayat ‘erdeka’ – Melambangkan keunikan, liku-liku serta cabaran yang dihadapi oleh para pejuang dan pemimpin negara dalam memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara.
Ayat ‘Janji Ditepati’ – Melambangkan kesungguhan dan  komitmen kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat untuk membawa kemakmuran, kemajuan, kehidupan dan peluang ekonomi yang terbaik.
Logo 1 Malaysia – Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bersatu padu, bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu negara bangsa.

Lagu Tema - Janji Ditepati



Lirik Lagu Tema – Janji Ditepati (Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55)
Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati
Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi
(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
BR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia
Lirik oleh Rais Yatim
Lagu oleh Aye/Jasnie/Arman E-Six

Saturday, September 8, 2012

Erti Kemerdekaan


Bila kita menyebut tentang kemerdekaan, ia adalah merupakan suatu pengertian yang telah menjadi sifat atau fitrah semulajadi manusia. Iaitu dengan lain-lain perkataan,
kemerdekaan adalah sesuatu yang menjadi keinginan semua manusia di dunia ini.

Tidak ada manusia di dunia ini yang tidak menginginkan kemerdekaan. Bahkan ia lebih menjadi suatu perkara yang dicita-citakan oleh setiap manusia. Cuma yang berbeza dalam
pengertian setiap manusia di dunia ini adalah memahami apakah erti kemerdekaan itu dan bagaimana bentuk kemerekaan itu serta bagaimana pula usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai kemerdekaan itu.



Dalam konteks ini, setiap individu manusia atau setiap kumpulan manusia atau setiap bangsa, masing-masing ada mempunyai fahaman dan pandangan yang tersendiri dalam
memberikan erti kemerdekaan itu, bagaimana bentuk kemerdekaan itu dan bagaimana harus diusahakan untuk mencapai kemerdekaan itu. Dan dalam hal ini, kalaulah kita
tanyakan kepada seorang individu tentang fahaman dan pandangannya terhadap erti kemerdekaan itu, kelak ada yang akan berkata bahawa kemerdekaan bererti bebas membuat apa sahaja, tanpa batas dan mengikut apa sahaja yang dikehendaki oleh hawa nafsu manusia itu, sekalipun berlawanan dan bertentangan dengan undang-undang,tatasusila dan hak asasi manusia lain.



Kemudian kalau kita tanyakan kepada kaum buruh pula .iantang fahaman dan pandangan mereka terhadap ertinya kemerdekaan, mereka pula nanti berkata bahawa kemerdekaan bererti bebas dari cengkaman kaum kapitalis. it bagi mereka, kemerdekaan bererti mereka dapat membuat tuntutan terhadap kehendak-kehendak yang diperlukan olel kaum buruh.



Dan kalau kita bertanya pula kepada golongan nasionalis tentang fahaman dan pandangan mereka terhadap kemerdekaan, mereka pula akan berkata bahawa ia bererti terlepas
daripada dijajahi oleh bangsa lain ke atas bangsa dan negaranya. Dan bagi mereka,kemerdekaan bererti mereka dapat mengatur kehidupan bangsa dan negara samada dari segi politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lainnya mengikut apa yang mereka kehendaki.



Kepada golongan kapitalis pula, kemerdekaan bererti mereka dapat menggunakan modal dengan sebebas-bebasnya untuk mendapat keuntungan sebanyak mana yang mungkin walaupun terpaksa menindas kaum buruh ataupun merosakkan akhlak manusia atau menempuh jalan yang haram.



Cukuplah kita paparkan sekadar itu erti kemerdekaan sebagaimana yang difahamkan oleh sebahagian manusia.



KEMERDEKAAN YANG MEMBUAT HURU HARA



Erti kemerdekaan yang telah disebutkan tadi, jika setiap individu atau kumpulan atau bangsa itu mengamalkan fahaman dan pandangan masing-masing mengikut cara masing-masing serta memperjuangkan-nya mengikut fahaman dan pandangan mereka sendiri,sudah barang tentu akan berlaku pertembungan dan pelanggaran antara satu golongan dengan golongan yang lainnya, antara individu dengan individu dan antara satu
bangsa dengan satu bangsa yang lain. Akhirnya timbullah krisis demi krisis hingga membawa kepada peperangan dan pertumpahan darah antara mereka.



Akibatnya, lahirlah bermacam-macam bentuk jenayah dan kemungkaran di muka bumi Tuhan ini dan akhirnya manusia hidup dalam huru hara dan dalam kecelakaan.Kebimbangan dan ketakutan sentiasa menyelubungi jiwa manusia. Kalau demikianlah keadaannya, apakah ini yang dikatakan kemerdekaan?



Apakah dalam keadaan jiwa yang tertekan oleh kebimbangan dan ketakutan itu dikatakan jiwa yang merdeka? Sebenarnya, inilah yang dikatakan kemerdekaan yang bukan kemerdekaan! Kehidupan yang seumpama inilah yang digambarkan oleh Allah S.W.T di dalam firman-Nya yang berbunyi:
Maksudnya:
"Lahirlah kerosakan di daratan dan di /autan oleh kerana usaha manusia sendiri sehingga Ailah merasakan kepada mereka sebahagian dari (azab perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar. " - Ar Rum 41



Inilah yang dikatakan neraka dunia sebelum neraka akhirat. Apakah sudah masuk neraka dan merasakan azabnya di dunia ini lagi, dikatakan yang kita ini merdeka? Atau dalam lain-lain perkataan, dapatkah kita merasakan nikmat kemerdekaan yang kita perjuangkan itu kalau pada hakikatnya kita berada dalam keazaban neraka dunia! Apakah sudah masuk neraka masih kita mengatakan yang kita ini merdeka?
Firman Allah lagi:
Maksudnya:
"Bahawasanya mereka, usaha mereka telah tersesat di dunia ini sedang mereka menyangka mereka telah membuat kebaikan. " - Al Kahfi: 54.



Rupa-rupanya, kemerdekaan yang dicari, neraka yang ditemui. Inilah akibat mencari kemerdekaan dengan mengikut hawa nafsu semata-mata atau mengikut fikiran yang tidak berlandaskan syariat. Usaha-usaha manusia seperti ini tidak sampai kepada matlamat dan akan berakhir dengan kegagalan. Mereka yang gagal mendapat kemerdekaan yang hakiki akan mendapat seksa neraka di akhirat nanti.


YouTube - Kemerdekaan Tanah Melayu


Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu

Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi tepat jam 9.30 pagi pada 31 Ogos 1957. Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium Merdeka dengan disaksikan lebih 20,000 orang termasuklah Raja-raja Melayu, tetamu-tetamu khas dari luar negara, anggota-anggota kabinet Kerajaan Persekutuan dan rakyat jelata. Pada upacara bersejarah ini wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu. Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dibacakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra.  Selesai pengisytiharan dibaca, Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan ‘MERDEKA’ sebanyak tujuh kali dan disambut oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka. Upacara ini kemudiannya disusuli dengan seruan azan yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara yang baru merdeka, diikuti dengan acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi dengan lagu kebangsaan ‘Negaraku’. Sebanyak seratus satu das tembakan meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.




Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan ‘Merdeka’ pada Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan negara. Upacara bersejarah ini turut disaksikan oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka, pada 31 Ogos 1957.