Sunday, September 9, 2012

Pejuang Kemerdekaan dan Tokoh Pembentukan Malaysia

1. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA




Sepanjang hayatnya, Tunku telah menunjukkan kewibawaan sebagai pemimpin dalam pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah. 
Penglibatan menentang Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan dari "Hidup Melayu kepada Merdeka", mengatur strategi pakatan antara kaum dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah membuktikan kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan. 
Liku, cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu merasa terhutang budi kepada Tunku - Bapa Kemerdekaan.

2. TUN SIR HENRY H.S LEE




Ketokohan, pengorbanan dan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee dalam mencapai perpaduan kaum dan kemerdekaan negara amat terserlah dan perlu dikenang selama-lamanya. 
Beliau memainkan peranan yang penting dalam penubuhan MCA, perancang utama penubuhan perikatan UMNO-MCA, penentang komunis di zaman darurat dan merupakan pejuang negara semasa menuntut Kemerdekaan Malaya. Apabila Malaya merdeka, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kewangan antara tahun 1957 hingga 1959. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan beliau telah menjadi salah satu kebanggaan negara.

3. TUN V.T. SAMBANTHAN


Tun V.T. Sambanthan merupakan seorang pejuang daripada masyarakat India yang dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan pedalaman di Sungai Siput, Perak. Kepimpinan beliau terserlah apabila dilantik menjadi Presiden Kongres India Malaya ketika berusia 36 tahun. Kemudian Tun V.T. Sambanthan dilantik menjadi menteri penuh dalam pelbagai kementerian. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Tun V.T. Sambanthan terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan dari segi kemudahan kepada rakyat serta semangat patriotisme pada masa itu.


4. TUN GHAZALI SHAFIE





Tun Ghazali Shafie (22 Mac 1922-24 Januari 2010) merupakan ahli politik Malaysia  era Tunku Abdul Rahman hinggalah era Tun  Dr Mahathir Mohamad iaitu dari 1970-1984. Beliau lahir di Kuala Lipis, Pahang pada 22 Mac 1922.Ghazali mula berkecimpung dalam bidang politik dengan menyertai Persatuan Melayu Pahang pada 1946 yang pada mulanya melakukan kerja-kerja kebajikan sebelum diserap memasuki UMNO.Pada tahun 1958 beliau dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa Politik Umno sehingga 1978. Beliau pernah beberapa kali menjawat jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan merupakan Naib Presiden Umno pada 1981. Ghazali pernah dilantik sebagai Senator pada tahun 1970 hingga 1972. Beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1974 di kawasan Parlimen Lipis dan menang tanpa bertanding. Beliau pernah bertanding jawatan naib presiden UMNO tetapi tewas pada 
1972 dan 1975. 1981 beliau menang jawatan jawatan Naib Presiden UMNO. Beliau berkhidmat di bawah empat perdana menteri bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman sehingga era Tun Dr Mahathir Mohamad.



5. TAN SRI DATUK WONG POW NEE



Tan Sri Datuk Wong Pow Nee merupakan salah seorang daripada penuntut Xavier yang paling cemerlang dalam sejarah sekolah tersebut. Beliau membesar bermula daripada Pengakap dan pelajar kepada menjadi Pengisytihar Kemerdekaan Negara, dan Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama. Pow Nee juga telah melakar sejarah dalam cara-cara bermakna yang lain. Beliau merupakan salah seorang daripada lima orang ahli Suruhanjaya Siasatan Malaysia yang telah membuka jalan untuk penubuhan Malaysia. Beliau juga merupakan Duta Malaysia yang pertama ke Itali dan The Holy See (The Vatican). Beliau merupakan seorang ahli delegasi Kerajaan Malaysia dalam Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962. 








No comments:

Post a Comment